macam dah takde citer lain



lama sangat dah rasanya blog ni tak berisi apa-apa. nak kata sibuk, taklah jugak. mungkin, kerahan otakku buat masa ni kurang idea-idea best untuk mengarang dan bercerita. atau mungkin saja aku malas. banyak kemungkinan yang aku sendiri tak pasti. tapi hari ini ingin kuluahkan sedikit daripada apa yang telah aku baca dan memang sudah sekian lama sering terfikirkan nya.

tak tahulah kenapa, sehari dua ni, aku macam selalu baca, tengok dan sembang pasal hal kahwin. tadi, masa kat meja makan sempat pulak selit menyelit hal kahwin dengan mak dan adik-adik. kejap-kejap min kawen dulu, pastu eh jey pulak yang dulu. pastu, lepak depan pc, yang nak dicarinya benda lain, terjumpa pulak blog ntah sape2, kawan aku punya kawan punya blog, tengok muka minah ni comel (aku kan memang suka tengok pompuan cantik), baca punya baca, eh dia ni tunggu masa je nak kahwin ye. macam best je. pastu, browse lagi, nak cari pasal tudung sebenarnya, klik kat gamba di google, eh jumpa lagik blog pasal kahwin. haish, saje nak kenakan aku ke ape neh? cis.

aku tak kisahlah apa pendapat kamu bila baca pasal ni. tapi, ya mungkin memang aku dah ready nak kahwin. kot? mungkin. macam scary pon ade jugak bila cakap pasal ni. ngahaha. nak-nak bila dah ade ehem sumone dalam hati kan, haaa.. memang lah aku tak nak tunggu lama-lama. tapi, aku pelik kenapa mesti rasa lambat lagi lah baru boleh kahwin. why eh? padahal aku rasa nikah dan kahwin tu taklah susah mana. yang besar dan yang susah nak buat ialah menunaikan tanggungjawab suami dan isteri itu sendiri. dan aku tak paham kenapa mesti nak tunggu setahun dua atau tiga tahun lagi, cukup duit baru boleh kahwin. padahal dalam hati nak sangat dah hidup bersama.

dan aku nak share sumthing kat sini. aku memang rasa weird dan semacam bila cakap pasal benda ni but believe me, aku cuma nak share apa yang aku rasa pasal nikah dan kahwin ni. kadang-kadang orang kita memang suka menyusahkan benda yang senang. betul, sebab bagi aku (mungkin takkan sama dengan orang lain) aku tak menginginkan perkahwinan yang grand pun, sebab aku tahu kemampuan aku, dan juga dia lah of course kan. cukuplah majlis yang simple, ada pelamin kecil yang comel di satu sudut rumah, bergambar outdoor dengan si dia bersama busana pengantin putih - album dan gambar yang cantik paling penting bagi aku! ngahaha. ya, itu saja sudah memadai. lain orang, lain citarasa, kan? bukan apa, aku kesian kadang-kadang bila ada member2 yang nak sangat kahwin tapi terpaksa tangguh sebab duit tak cukup lagi untuk tanggung belanja majlis, bla bla. tepuk dada, tanya hati ya. :)

aku selitkan sedikit kata-kata dari dr mohd asri, bekas mufti perlis mengenai nikah dan perkahwinan. mehla baca sama-sama ye.

"Urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu.
Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi SAW: “Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)".

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah.

Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

ehem. kalo nak citer pasal bab kahwin ni, aku rasa kamu muak baca entry aku ni nanti. makanya, aku terpaksa lah sambung di entry yang lain nya. ngahahaha.

*nota kaki: gambar hiasan dicurik dari blog beca, teman fotopagesku. gamba kawen official pakai bnw film. owh, heaven! aku sukaaaaaa. :)

Comments

suka sangat entry kali ni especially tang mufti punya kata2....
Munzir CK said…
dapat abg ipar la aku.
raindrop said…
nenek2 :)
anil lutaze said…
btollh tu...nikah gntng pon x pe if mak bpk nk sgt jaga jenama dgn perkahwinan yg gemilang..tp x elok jika dilewatkan perkra itu..

**cantheknye gmba itu...waa.aku x sbr giliranmu di atas sawah padi itu (sawah padi ke??)
mynameislina said…
tak payah majlis kawen la sha...kdg2 bertunang pon dh mcm majlis nikah...
Siti Hajar said…
betul2..saya setuju entry ni
siggplus said…
jom kawen..hahaha
sHa said…
vic: aku juga sukaaaa. :)

jey: uit. belom lg daaa.

fiza: senyum kat nenek jugak. ngee :D

anel: tu la rase macam nak nikah gntg skang jugak. miahahaha.

kak lina: btol tu kak. stujuu

siti hajar: mekaseh :)

siggtambah sebuk: jom wat majlis skali! muahaha
aYu said…
dun worry nnk, d day will come 1 fine day nnt.insyaallah.aku pon nk kawen jgk... huhu ;)

Popular posts from this blog

merah itu menawan

kisah perigi dan timba