penyakit baruku
ya, memang betul kata kidd di shoutbox itu. penyakit malas kembali menyerang. juga penyakit ketandusan idea, semakin kronik. tambahan pula dengan kehidupan aku sekarang yang tidak banyak beza dengan yang sebelumnya. kerja, balik kerja, tidur. bosan. memang bosan. aku ingat aku akan berterusan begini sampai lah duit agak banyak sikit, aku akan berhenti kerja dan kerja sendiri. bisnes sendiri, mungkin? atau, freelance kecil-kecilan? apa yang penting aku punya banyak masa untuk diri sendiri dan orang tersayang. seperti yang telah digembar gemburkan dalam entri sebelum ini, kunun nya nak ke ilham lah, ape lah. jangan percaya akan semua itu. tak, aku memang tak pergi. nafsu mahu bershopping di sungei wang telah mematikan semua rasa mahu ke sana dan kesini. ya, sekali lagi aku berjaya mencatat rekod, pergi ke sungei wang dua kali dalam masa seminggu, ya tahniah kepada aku. maka, lepas dah shopping bagai barulah terduduk dan terfikir. kalau tiap2 bulan shopping sakan macam ni, matilah sampai...