Posts

Showing posts with the label emosi

merdeka yang melankoli. mungkin.

mungkin masing-masing memerlukan sedikit masa untuk bersendirian. mungkin, kamu yang mahu begitu. mungkin juga, aku yang mahu begitu. sesungguhnya aku tidak pasti. 50-50 mungkin. segalanya mungkin. ....

cengeng

aku rasa aku memang tak boleh duduk sorang2 buat masa ni. nak tau kenapa? aku di depan pc, tapi aku tak tahu apa yang aku cari. jiwa aku macam bukan di sini. aku tenung monitor lama. aku tak tahu apa yg aku pikir. aku bukak blog. baca posting sendiri, apa kejadah ntah. aku tutup blog. aku bukak pulak facebook. aku scroll2 mouse, bila dah sampai ke bawah aku ke atas balik. still aku tak tahu apa yang aku cari. aku tenung monitor lagi. fikiran aku kosong. menung kejap. aku bukak balik blog. okay. sekarang, aku tengok profile sendiri pulak. apa yang aku cari ni? okay, aku lost(sekali lagi). p/s: blog ni dah jadi macam blog minah yang emosi terlampau kan kan? :p

hendak ku luah, tapi pada siapa?

wahai hati, bertahan lah kamu ya, sakit itu pasti akan hilang. mungkin masa, itulah pengubatnya. wahai esok, aku mengharapkan kamu lebih indah dari hari ini. hari ini sangat mendung dan aku cuma mengharapkan pelangi dari kamu. nota kaki: aku menaip ini sambil mencabut rambut gatal. aku memang begitu bila stress. dan gumpalan rambot akan bersepah di lantai. what a bad habit i have kan? isk3.

monolog satu pagi

internet lembab. nak bukak facebook pon susah. blog korang yg aku bace, slow2 jek upload. macam kura2 tengah merangkak la lebih kurang. tapi, aku still kat depan pc lagi. mata aku masih tak mahu tidur. dan kepala aku masih serabut. kan best kalau hati sama macam mata. tau letih dan boleh rehat. bila sakit, boleh taruk ubat. apa aku nak buat sekarang? rasa macam mau bercerita, tapi dengan siapa? agak-agaklah, dah kul 1 neh. haih, mengantok lagi la kat ofis esok jawabnya.

tenanglah di sana ya.

Image
rase macam baru smalam ko tegur aku, senyum kat aku. sembang2 pasal work, pasal review yang menakutkan . kalo aku jumpe ko je, mesti aku nak tego. dan kalo ko nampak aku, mesti ko sapa aku. ko macam agak selamba la, suka sorang2. bila lama dah kenal ko, baru aku tau yg ko kenal sama akam aka cuak (camne name ko bleh jadik cuak neh, akam?), kawan chatting aku yang aku kenal dah berkurun lamanya. bila aku pandang ko, memang aku ingat akam lah lepas tu. haha. ko citer tu ni pasal akam. akam tu cmni la, akam tu cmtu lah. maklumlah, satu rumah. bila jumpa ko je, aku sebuk tanye psl akam. padahal, aku ade je no fon akam tu. bagi aku, ko memang baik. pada luaran pun dah boleh nampak. slalu mesej aku dlm frenster, padahal tade benda penting pun. makanya, aku rasa ko lain, sebab orang lain jarang buat camtu. zul, aku masih tak caye lagi yg ko dah pegi. rase macam baru semalam aku usik ko, sembang sama ko. haih. sebab ko baik maka aku rasa sangat sangat sedih. ha, aku macam dah nak nangis ni. te...

aku saja yang tahu

aku sudah jumpa, tapi aku rasa aku masih confused. semua macam dah jelas tapi still ragu-ragu. aku perlu ubat untuk saket yang seperti ini. ubat yang namanya "aku sendiri saja yang tahu" (ya, aku masih mencari lagi. tapi, masih tak tahu) T.T

bila kamu tak boleh lupa

ya, mungkin aku sedang sedih dan kecewa. mungkin! maka, terhasil lah entry ini. terima kasih kepada rasa-rasa itu (memang tak patot, ya i know). owh, tolong straight to the point will ya? owh, okay okay. aku cuma ingin berkongsi tentang hal ini: kalau kamu mahu melupakan seseorang, tak kiralah ur x yz , or skandal yang sangkut secara tak sengaja, atau sesiapa sajalah, tetapi rasanya sangat susah, dan kadangkala macam mahu saja melupakan semuanya, silalah amalkan ritual seperti di bawah. terpulanglah kan, hati kamu, kamu saja yang tahu. nasihat aku, jangan lah bermain dengan api, main dengan air takpe. sbb air tu sejuk dan melegakan tekak. (wth, aku pon tatau) aku memang pernah mengamalkan perkara-perkara di bawah ini, walaupun kadang- kadang nampak bodoh dan ntah ape2, bagi aku sedikit sebanyak memang membantu aku untuk melenyapkan mereka dari kotak ingatan aku. perhatian: semua langkah2 ini memerlukan sedikit kerajinan iaitu kerajinan untuk menulis dan berfikir. cara 1 1- tulis naman...

bodoh!

si bodoh marah2 aku lagi hari ni. dah berapa bakul aku terima makian dia pun aku tak tahu. aku jugak tak paham kenapa dia tak boleh cakap elok2 dengan aku. mungkin, Tuhan nak uji aku. atau, mungkin juga Dia beri sign supaya aku berambus dari tempat ni secepat mungkin. sesungguhnya, aku sangat buntu.

karma

hari ni ko kate aku bodoh. bukan sekali, tapi dua kali. bukan cakap main2 tapi siap tengking2. aku nak kate terima kasih tapi, aku taknak ko dengar suara bergetar aku ni nnt ko tau aku sebak, dan silap2 aku kena gelak pulak. maka, aku diam je. aku nak tunggu esok lusa, ape pulak yang akan keluar dari mulut ko. bak kate kawan baek aku: "xpe, kejap je duduk atas tu, sok2 kat bawah la plak". hari ni, ko pijak aku. takpe. esok lusa, bila orang pijak ko.. ape aku akan buat? tak, aku takkan ketawa. aku akan senyum sinis aje. sebab, masa tu baru ko rasa ape yg aku rasa. ko akan rasa macam ada tahi di muka. takpe lah, aku simpan "bodoh" ko tuh dalam hati yeh. sebab, aku akan ingat sampai mati. terima kasih.

sabtu

kamu pernah bekerja hari sabtu? bagi aku, bekerja di hari sabtu bermakna: tunggu dan tunggu tibanya jam 1 tgh hari. sikit-sikit tengok jam. buat kerja pun sambil lewa. apetah lagi kalau ada penyakit M, memang makin menjadi-jadi lah kan. tapi, penyakit M yang aku alami skarang ade 2 jenis. mengantuk dan malas. ya, memang aku benci bekerja di hari sabtu!

shit happens

status: away for how long: tidak tahu lagi so, kamu semua sila jaga diri. dan selamat tahun baru!

nota utk kamu

Image
gambar sekadar hiasan 1 gambar sekadar hiasan 2 aku suka kehidupan yang sekarang. gembira suka puas ceria agak sebuk. haha tapi, tak apa kot. janji, kamu, kamu dan kamu ada bersama aku. temani aku, jangan ke mana-mana. hey kamu duka. tolong jangan kembali. pergi jauh.. biar hilang di mata dan di hati. dan untuk kamu. aku perlu masa i can't say it. i just can let it go. untuk itu, bantu aku untuk lupakanmu. tolong jangan: muncul di handphone atau skrin komputer aku. tak susah pon kan? p/s: encik ham, tolong jgn buat blog ni mcm kamu punya okey? :p

rantai durjana

Image
biar gambar2 ni bercakap sendiri yeh. anyway, aku happy jugak la kot. rasa marah pun dah hilang. owh, dorang ni ade pakai magic kot? bagi sape2 yg berminat. sile lah _____ tapi, aku tak jamin, barang kamu tu akan sampai tepat pd masanya. :)

kisah perigi dan timba

mungkin agak sukar untuk difahami atau disedari i t's the words we don't say that mean the most. yeah damn right! 8 tanda aku suka kamu: + bila aku bercerita tentang masalah aku pada kamu, dan berharap kamu menenangkan aku dengan kata-kata semangat + bila aku tak jemu melayan sms kamu dari pagi sampai petang tanpa henti biarpun ketika itu aku sedang bergembira bersama teman-teman. + bila aku bertanya "bila eh kita boleh jumpa?" (dengan harapan kamu akan kata "jom, weekend ni!") + bila aku kata take care , sebab golongan tertentu saja akan dapat ucapan seperti itu. + bila aku sanggup temankan kamu bersembang biarpun sehingga ke subuh. + bila aku tetap sms kamu, biarpun sms sebelumnya tak berjawab. + bila aku berkongsi lagu kegemaran aku dengan kamu, dan berharap kamu akan terkenang aku bila dengar lagu itu. + dan bila aku mula tanya tentang keluarga kamu, itu juga tanda aku memang suka kamu. aku tak mampu. tak terluah. memang susah nak cakap "aku suka ka...

sibuk konon!

dia kata akan pos minggu ni jugak. sempat je aku gertak dia dengan menelefon dan bercakap baik2 dia asyik say sorry sajek. ingat dengan say sorry tu, barang aku boleh dapat terus la? hari ni dah hari sabtu. aku suruh dia sms or call bila dah pos. tapi kalau dah takde. makne nya apa? takpe. aku boleh sabar lagi. next week, kalau takde jugak. aku mintak balik duet aku! aku dah takde hati nak pakai rantai2 tu. aku nak beli sebab suka. dulu excited la sangat. sekarang? aku rasa menyampah dan nak memaki je skarang ni.

Sila bungkus, terima kasih!

aku bukan lah pembeli online yg setia. tapi aku mengaku, aku suka browse ke website2 sebegitu memang senang membeli. tak payah keluar bayar duet parking dan duet minyak takde dah berjalan2 di mall sampai melecet2 kaki tak payah nak pikir rushing nak balek sebelum maghrib senang je, bayar online godek2 mouse, klik mana yang patut. pastu sms mereka, kata dah bayar pun (maksud tersirat: sile lah anta barang aku cepat sket yeh!) dan, tunggulah barang tu sampai di depan rumah. tapi, kalau nak tipu orang pun senang jugak kan? bila aku dah suka dengan items yang kamu jual aku mengharapkan pulangan yang baik dan service yang bagus tapi bila kamu janji yang barang tu kamu nak hantar sebelum raya tapi sampai sekarang, 2 weeks after raye pon habuk takde ape2 dengan sms aku pon kamu tak reply2 makanya, ape kes ni? aku dah kena tipu ke apa? nak ke aku war-warkan pada semua yang kamu semua memang takbulehpakai punye orang mahu? atau nak aku reportkan pada surat kabar kosmo or metro yang kamu dah ti...

aku belum siap

dari tadik aku duk tenung monitor ni. dua kali dah aku cuba karang entry baru. aku type aku baca. aku delete sikit2. aku save. aku baca lagi tapi aku rase mcm tak best. aku buat lagi sekali. rase mcm tak sesuai nak publish jugak. tak cukup garam, tak cukup ajinamoto dan takde satisfaction makanya. aku cuba sekali lagi. aku nak terus ke point yang straight. aku rasa.. aku mahu dan hendak: + suasana kerja seperti suasana belajar di uitm. ade discussion, brain storming, research, consultation. owh indahnya. + ofismate aku adalah klasmet aku semasa di uitm. hahah. aku rendu korang la weh. + bos aku hurm.. bos aku memang dah ok. no need a changes. + a ku menjadi aku semasa kerja , bukan seperti sekarang yang sangat pendiam dan suka buat muka. T.T + tak payah kerja hari sabtu. hurm. ya. mungkin aku belum siap. tapi kalo nak tunggu siap. sampai bila kan? ntah lah...

slamat datang

penat. sgt penat. btol la kalo org kate, kalo da keje neh memang tade life. aku setuju. aku sokong 101%. sebab skang aku memang tade life. isnin-jumaat, 900-2100. kadang-kadang je 900-1900 keje opis ke keje buat umah neh? haha. ape-apelah. aku penat. tapi aku rase, aku suke. sebab aku ade life yang baru. owh ye. dan skang aku dah pandai tido awal. tdo awal yang tak payah terkedip2 mate sbelum tdo. letak kepala jek tros pensan sampai ke pagi. hahah.

sta tus

dah la tu. cukop lah dengan soalan-soalan yang menyindir tu. owh bukan menyindir eh? nak ambil berat pasal aku? dengan cara bertanya seperti ini: ramai da kawen weh, ko bile lagik? or ko ni kapel ngn sape skang? ke da tunang? kawen ke? hey, aku bencilah dgn soalan2 tu. saket mata membaca, saket lagi hati bila fikirkan ia. owh okay, enuff. dah nampak kan status aku kat friendster ke or whatever yang aku ni single. es ai en ji el ee dah terang, lagi bersuluh dah bersuluh, pakai pulak spot light! so, stop questioning about boyfriend, or any serious relationship sebab aku da muakdanpenat nak menjawab sumer soalan2 yang macam *tut *taik tu. and please don't blame me, for ignoring ur questions or ignoring urself either. owh, sememangnya aku sangat emostressakethatinyampah bila ditembak soalan sebegini. n u know why kan? or why not kamu pikirkan sendiri? paham paham sendiri sudeh.

org gila?

dia menangis dalam hati mencari semangat yang makin hilang mengutip sisa-sisa buah fikiran yang lenyap. dan tak tahu ke mana arah tuju. menghitung waktu itu, yang semakin dekat menghampiri. dan takut memikirkan kesudahannya. ape sebanarnye aku nak ckp neh? dah, jgn tanye. aku hentam jek neh. haha..