Posts

Showing posts from April, 2009

penat.

aku sangat penat lah. mata aku penat. hati aku penat. jiwa aku penat. dan aku nak berehat. rasa macam nak lari jauh-jauh tapi aku nak ke mana lah pulak? tempat aku memang di sini. makanya kamu semua jaga diri okay? promise, bila semua dah okay aku akan kembali dengan benda yang best2 je! promise! :)

cengeng

aku rasa aku memang tak boleh duduk sorang2 buat masa ni. nak tau kenapa? aku di depan pc, tapi aku tak tahu apa yang aku cari. jiwa aku macam bukan di sini. aku tenung monitor lama. aku tak tahu apa yg aku pikir. aku bukak blog. baca posting sendiri, apa kejadah ntah. aku tutup blog. aku bukak pulak facebook. aku scroll2 mouse, bila dah sampai ke bawah aku ke atas balik. still aku tak tahu apa yang aku cari. aku tenung monitor lagi. fikiran aku kosong. menung kejap. aku bukak balik blog. okay. sekarang, aku tengok profile sendiri pulak. apa yang aku cari ni? okay, aku lost(sekali lagi). p/s: blog ni dah jadi macam blog minah yang emosi terlampau kan kan? :p

hendak ku luah, tapi pada siapa?

wahai hati, bertahan lah kamu ya, sakit itu pasti akan hilang. mungkin masa, itulah pengubatnya. wahai esok, aku mengharapkan kamu lebih indah dari hari ini. hari ini sangat mendung dan aku cuma mengharapkan pelangi dari kamu. nota kaki: aku menaip ini sambil mencabut rambut gatal. aku memang begitu bila stress. dan gumpalan rambot akan bersepah di lantai. what a bad habit i have kan? isk3.

monolog satu pagi II

setelah membaca sumthin called luahan hati dari cik damme , aku juga terasa ingin menaip. ya, taip dari lubuk hati aku sendiri. tiada rahsia, tiada selindung. okay, aku memang menujukan ini for sumone, yang aku tak tahu nak gelar dia apa. dia - abstract. sebab apa yang aku fikir pasal dia semalam, hari ini dan esok takkan sama. ya, unpredictable. ini untuk kamu. sila baca dengan mata hati ya. aku mahu kamu tahu yang bagi aku, kamu adalah lebih dari a soulmate, i dont think boyfriend is a perfect word for you, sebab aku menginginkan kamu lebih dari itu. aku mahu kamu seperti seorang kawan baik, seorang yang menjadi kesayangan aku n a shoulder to cry on. aku mahu kamu ada di saat aku memerlukan. aku mahu kamu membuat seperti kamu selalu ada dengan aku, eventhough kamu sangat jauh, beribu batu. always be by my side, walaupun kamu sangat jauh. bercakaplah dengan aku bila saja masa aku perlukan kamu. but, i havent talk to u since 72 hours ago. kelihatannya seperti akan berterusan untuk bebe...

monolog satu pagi

internet lembab. nak bukak facebook pon susah. blog korang yg aku bace, slow2 jek upload. macam kura2 tengah merangkak la lebih kurang. tapi, aku still kat depan pc lagi. mata aku masih tak mahu tidur. dan kepala aku masih serabut. kan best kalau hati sama macam mata. tau letih dan boleh rehat. bila sakit, boleh taruk ubat. apa aku nak buat sekarang? rasa macam mau bercerita, tapi dengan siapa? agak-agaklah, dah kul 1 neh. haih, mengantok lagi la kat ofis esok jawabnya.

aku dah tak boleh tahan

aku dah cakap hari tu kan yang aku nak mula berjimat2? tapi, setelah aku browse pasal ini dan tiba2 bertemu dengan ini pula, aku merasakan yang kalau aku berhabis duit kerana dia, aku rasa seperti dunia ini aku yang punya. oh la la. makanya, jey - aku mengoffer pada ko untuk membeli ini 50-50 . half2 boleh dak? aku memang betul2 mahukannya. dan untuk yang ini , aku mahukan juga. tapi mungkin nanti-nantilah. okay okay, i need ur opinion. please guide me. mana satu eh?

kenapa tidak di sini?

Image
aku baru je terlihat ini di dalam kotak emailku. ia ada di hong kong, singapura, indonesia (agak baru kot?), thailand, taiwan dan philiphines. owh, aku sangat berharap juga ada di malaysia tapi tiada. hmmm. aku macam sempat berangan yang aku yang akan buka official lomography society di sini. haha. okay, skarang sape di belakangku? :) sila klik di sini untul detail ya. memang aku teruja, dan aku cuma boleh support dari belakang.

dia dan pasangannya yang agak ngam

Image
okay, malas nak berhujah panjang. nanti aku termelalut pulak. tak mahu berkias fansuri, dipersilakan lihat dan kutuk bagi yang sudi. ku rasakan permainan mereka berdua ini agak sedikit gelap, mungkin selepas ini tidak perlu ditemani filter dihadapannya. tapi, kalau dipadankan dengan film biasa, mungkin lebih cocok bertiga. okay okay. dipersilakan melihat semuanya ya. ya, ada lagi. selebihnya di sini. nota kaki: exif data for the lomos - mr colorsplash with his couple agfaphoto sensia 100. terimas pada kamu berdua ya. ai lebiu.

tenanglah di sana ya.

Image
rase macam baru smalam ko tegur aku, senyum kat aku. sembang2 pasal work, pasal review yang menakutkan . kalo aku jumpe ko je, mesti aku nak tego. dan kalo ko nampak aku, mesti ko sapa aku. ko macam agak selamba la, suka sorang2. bila lama dah kenal ko, baru aku tau yg ko kenal sama akam aka cuak (camne name ko bleh jadik cuak neh, akam?), kawan chatting aku yang aku kenal dah berkurun lamanya. bila aku pandang ko, memang aku ingat akam lah lepas tu. haha. ko citer tu ni pasal akam. akam tu cmni la, akam tu cmtu lah. maklumlah, satu rumah. bila jumpa ko je, aku sebuk tanye psl akam. padahal, aku ade je no fon akam tu. bagi aku, ko memang baik. pada luaran pun dah boleh nampak. slalu mesej aku dlm frenster, padahal tade benda penting pun. makanya, aku rasa ko lain, sebab orang lain jarang buat camtu. zul, aku masih tak caye lagi yg ko dah pegi. rase macam baru semalam aku usik ko, sembang sama ko. haih. sebab ko baik maka aku rasa sangat sangat sedih. ha, aku macam dah nak nangis ni. te...

hilang sudah semua duka

Image
ya, seperti yang sudah ku sangka. akulah yang terakhir sekali mengupload gambar-gambar pengubat duka ini di blog. amad, kak lina, nopi, jey sumer pon macam dah upload since monday kot? ya, alasan aku cumalah dua-aku sangat sebuk sampai tak sempat2 nak mengedit bagai, dan aku agak tak puas ati dengan foto-foto ini. hopefully, hasil dari mr colorsplash tidak akan menghampakan aku. sooner or later akan aku upload yeh. outing di mardi ini sedikit sebanyak menjadi penawar duka dan pelepas gian aku mahu menembak. lama sangat dah mengimpikan pergi ke sana, finally dapat jugak yeh. mulanya, agak susah (actually sangat susah)untuk mencari pintu masuk ke sana. dengan sekejap hujan sekejap panas. berpusing-pusing di upm, mencari jalan masuk curi sebab masing-masing pikir tempat ni bukan tempat public. haha. sangat lawak. last2 masuk ikut pintu mardi jugak, sekali lagi mencari jalan untuk ke sana. pusing punya pusing, bila dah nampak pagar putih tu masing-masing lega dan teruja. kami tak lama di s...

penyakit baruku

ya, memang betul kata kidd di shoutbox itu. penyakit malas kembali menyerang. juga penyakit ketandusan idea, semakin kronik. tambahan pula dengan kehidupan aku sekarang yang tidak banyak beza dengan yang sebelumnya. kerja, balik kerja, tidur. bosan. memang bosan. aku ingat aku akan berterusan begini sampai lah duit agak banyak sikit, aku akan berhenti kerja dan kerja sendiri. bisnes sendiri, mungkin? atau, freelance kecil-kecilan? apa yang penting aku punya banyak masa untuk diri sendiri dan orang tersayang. seperti yang telah digembar gemburkan dalam entri sebelum ini, kunun nya nak ke ilham lah, ape lah. jangan percaya akan semua itu. tak, aku memang tak pergi. nafsu mahu bershopping di sungei wang telah mematikan semua rasa mahu ke sana dan kesini. ya, sekali lagi aku berjaya mencatat rekod, pergi ke sungei wang dua kali dalam masa seminggu, ya tahniah kepada aku. maka, lepas dah shopping bagai barulah terduduk dan terfikir. kalau tiap2 bulan shopping sakan macam ni, matilah sampai...