Posts

Showing posts from July, 2009

kekasih baru

Image
entah kenapa, rasa mau mengupload gamba lomo sekejap berkobar dan selepas tu macam hangat-hangat tahi ayam pulak. kalau sebelum2 ni, gambar terpaksa discan satu2, tapi sekarang ni tinggal edit sikit je, pastu dah boleh upload. haish, penyakit malas kembali menyerang nampaknya. for how long, tak tahu lah. tak penting sangat sumer tu bagi aku. pokok pangkalnya, semangat ! tak gitu? ngahahaha :p kali ini, aku bereksperimen dengan smena 8m (buah hati baru) yang telah dikahwinkan dengan agfa precisa 100. ngam gak kaler dia, aku suka. cuma aku rasa subjek kali neh kurang menarik, idea untuk composition, subject, rule of third, bla bla ntah ke mana hilangnya. men blasah je. ni tanda-tanda aku semakin tua ke ape? uhuk3. lokasi penggambaran kali neh-merata. flat pekeliling (revisited), bukit tunku aka kenny hills (tempat ku membesar-oh nostalgia sungguh) dan di dengkil, melawat rumah baru abang tersayang. banyak sangat cerita di sebalik those pictures sebenarnya. boleh tak aku let the picture...

pms = perasaan marah yang sakit

tadi, aku rasa macam sangat rajin mahu mengedit bagai, gamba lomo baru di pekeliling. tapi sekarang aku rasa macam sangat menyampah dan benci. ........... esok saja lah ya. -.-

macam dah takde citer lain

Image
lama sangat dah rasanya blog ni tak berisi apa-apa. nak kata sibuk, taklah jugak. mungkin, kerahan otakku buat masa ni kurang idea-idea best untuk mengarang dan bercerita. atau mungkin saja aku malas. banyak kemungkinan yang aku sendiri tak pasti. tapi hari ini ingin kuluahkan sedikit daripada apa yang telah aku baca dan memang sudah sekian lama sering terfikirkan nya. tak tahulah kenapa, sehari dua ni, aku macam selalu baca, tengok dan sembang pasal hal kahwin. tadi, masa kat meja makan sempat pulak selit menyelit hal kahwin dengan mak dan adik-adik. kejap-kejap min kawen dulu, pastu eh jey pulak yang dulu. pastu, lepak depan pc, yang nak dicarinya benda lain, terjumpa pulak blog ntah sape2, kawan aku punya kawan punya blog, tengok muka minah ni comel (aku kan memang suka tengok pompuan cantik), baca punya baca, eh dia ni tunggu masa je nak kahwin ye. macam best je. pastu, browse lagi, nak cari pasal tudung sebenarnya, klik kat gamba di google, eh jumpa lagik blog pasal kahwin. haish...