Posts

Showing posts with the label monolog

..........

Image
“ Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim “ (QS. Al Anbiya’ : 87) Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, redha terhadap segala ketentuan-Mu dan menerima sepenuhnya pemberian-Mu.

hilang

sekarang ni aku sangat-sangat terasa kehilangan. macam dah dicabut separuh nyawa. dan di saat macam ni jugaklah sangat sangat terasa macam nak bercakap dan ketawa dengan seseorang, nak confess macam2 rasa yang ada dalam hati sekarang ni. ala-ala macam apa orang kate pillow talk? hmmm.. tapi, masa macam ni jugaklah aku macam takde siapa2. macam kena tinggal jauuuuuuuh sangat. aku seorang sekarang dan aku rasa aku masih belum mampu nak berdikari. ......

serba serbi susah

memang susah nak puaskan hati semua orang. memang susah nak cari ayat yang paling lembut, untuk menjaga hati orang lain, walaupun hati sendiri sakit. memang susah nak tahan marah, bila kita memang patut marah. memang susah nak ubah perangai, dan cuba jadi seperti orang lain. memang susah nak jadi yang lebih baik, lebih baik dari sekarang. .... sampai sekarang aku masih mencuba untuk semua itu. trust me. please.

entri tanpa tajuk

sunyi sungguh rasanya rumah kedua ku ni tak pasti di mana silapnya mungkin, otak ku dah tepu utk menyusun ayat-ayat. mungkin juga, aku dah tak punya masa untuk semua ni hmmm.. atau mungkin juga yang patut dipersalahkan ialah penyakit malas ku. ada idea tapi malas macam-macam nak distory tapi malas. foto-foto banyak yang nak diupload tapi malas! sudahnya begini lah.. p/s : mungkin jugak, ku perlu wujudkan entri dengan foto-foto saja tanpa satu ayat pun. let the picture speak for itself. setuju?

ka ka ka

petang - pegi kenduri kawen malam - ym ngan ayu psl persiapan kawen malam lagi -tolong ayu browse pasal bunge untuk hantaran, bilik pengantin, tukang amek gamba mase majlis aka pasal kawen la jugak kan haish kawen kawen kawen.. kaaaaaawennn... -.-' ....... owh ye. entri kawen ini mengingatkan aku pada album kawen yang maseh belum siap lagik. hwarghhh! trimas wahai blogger!

400th

macam tak caye, ni post yg ke 400 . ape yg aku bebel selama 5 tahon kat sini yeh? -.- haish, lame sgt dah tak bebel panjang2 dalam ni kan? lame jugak la tak taruk gamba best2 dlm ni kan? ( puji diri sendiri aje dia ni :p ) ye, aku pon rindu gak.. :( nota kaki: mekaseh pd sape2 yg aku tak kenal, yang sudi add as followers. makin ramai, tp blog tak apdet2. haish, terok kan saye? :p

merdeka yang melankoli. mungkin.

mungkin masing-masing memerlukan sedikit masa untuk bersendirian. mungkin, kamu yang mahu begitu. mungkin juga, aku yang mahu begitu. sesungguhnya aku tidak pasti. 50-50 mungkin. segalanya mungkin. ....

cengeng

aku rasa aku memang tak boleh duduk sorang2 buat masa ni. nak tau kenapa? aku di depan pc, tapi aku tak tahu apa yang aku cari. jiwa aku macam bukan di sini. aku tenung monitor lama. aku tak tahu apa yg aku pikir. aku bukak blog. baca posting sendiri, apa kejadah ntah. aku tutup blog. aku bukak pulak facebook. aku scroll2 mouse, bila dah sampai ke bawah aku ke atas balik. still aku tak tahu apa yang aku cari. aku tenung monitor lagi. fikiran aku kosong. menung kejap. aku bukak balik blog. okay. sekarang, aku tengok profile sendiri pulak. apa yang aku cari ni? okay, aku lost(sekali lagi). p/s: blog ni dah jadi macam blog minah yang emosi terlampau kan kan? :p

hendak ku luah, tapi pada siapa?

wahai hati, bertahan lah kamu ya, sakit itu pasti akan hilang. mungkin masa, itulah pengubatnya. wahai esok, aku mengharapkan kamu lebih indah dari hari ini. hari ini sangat mendung dan aku cuma mengharapkan pelangi dari kamu. nota kaki: aku menaip ini sambil mencabut rambut gatal. aku memang begitu bila stress. dan gumpalan rambot akan bersepah di lantai. what a bad habit i have kan? isk3.

monolog satu pagi II

setelah membaca sumthin called luahan hati dari cik damme , aku juga terasa ingin menaip. ya, taip dari lubuk hati aku sendiri. tiada rahsia, tiada selindung. okay, aku memang menujukan ini for sumone, yang aku tak tahu nak gelar dia apa. dia - abstract. sebab apa yang aku fikir pasal dia semalam, hari ini dan esok takkan sama. ya, unpredictable. ini untuk kamu. sila baca dengan mata hati ya. aku mahu kamu tahu yang bagi aku, kamu adalah lebih dari a soulmate, i dont think boyfriend is a perfect word for you, sebab aku menginginkan kamu lebih dari itu. aku mahu kamu seperti seorang kawan baik, seorang yang menjadi kesayangan aku n a shoulder to cry on. aku mahu kamu ada di saat aku memerlukan. aku mahu kamu membuat seperti kamu selalu ada dengan aku, eventhough kamu sangat jauh, beribu batu. always be by my side, walaupun kamu sangat jauh. bercakaplah dengan aku bila saja masa aku perlukan kamu. but, i havent talk to u since 72 hours ago. kelihatannya seperti akan berterusan untuk bebe...

monolog satu pagi

internet lembab. nak bukak facebook pon susah. blog korang yg aku bace, slow2 jek upload. macam kura2 tengah merangkak la lebih kurang. tapi, aku still kat depan pc lagi. mata aku masih tak mahu tidur. dan kepala aku masih serabut. kan best kalau hati sama macam mata. tau letih dan boleh rehat. bila sakit, boleh taruk ubat. apa aku nak buat sekarang? rasa macam mau bercerita, tapi dengan siapa? agak-agaklah, dah kul 1 neh. haih, mengantok lagi la kat ofis esok jawabnya.

aku saja yang tahu

aku sudah jumpa, tapi aku rasa aku masih confused. semua macam dah jelas tapi still ragu-ragu. aku perlu ubat untuk saket yang seperti ini. ubat yang namanya "aku sendiri saja yang tahu" (ya, aku masih mencari lagi. tapi, masih tak tahu) T.T