cerita semalam I

bahagian satu: dari usj ke kelantan

terasa baru tadi aku meninggalkan bumi pantai timur. ke sana dengan satu harapan: dapat membuang segala yang pahit, segala stress yang dialami dan mendapat sedikit ketenangan di tempat itu. petang jumaat lepas, aku pulang awal setengah jam dari yang sepatutnya. bos senyum, tanda green light. stress lagi, sebelum balik meredah jem on da way back to usj. sepatutnya boleh sampai 20 minit, jadi sejam. owh, bila lah designer malaysia nak cipta "kereta boleh terbang" ya?

bersama mak dan dua orang adikku, kami pergi ke kelantan tanpa abah dan jey. thanx to jey, sanggup meredah jem sekali lagi utk ke destinasi pertama: ofis abah di damansara. sangat sakit, because that was the last day of school, esoknya budak2 cuti sekolah. macam dah takde esok lusa nak jem. huh.

meja abah di ofisnya. simple, macam orangnya jugak.

nama abah dan gambar hasil tembakannya- mungkin utk urusan kerja.

kami ke sana by bus, best betul. dah lama tak naik bas ramai2. officemate abah memang ramai yang masih muda, yang sebaya dia adalah dalam 4,5 orang je kot. dia antara yang senior lah. family lain banyak yang anak2 nya masih kecil. makanya, suasana dalam bas tak pernah sunyi dengan bunyi-bunyian anak kecil. menangis, ketawa, meraung silih berganti. takpe, aku dah lali dengan bunyi-bunyi itu.

aku ke kelantan dengan satu lagi harapan: nak menembak banyak-banyak biar sampai muntah hijau pun takpe. aku bawa tiga senjata: mr colorsplash yang handsome, d50 yang macho dan lumix abang yang comel. jangan tanya aku, macam mana aku nak handle semua tu. aku kan tamak. takpe, kalau satu abes bateri, at least aku ada yang lagi satu. tak gitu?

hari pertama, sampai je di sana everything was okay. cuaca agak baik, ada la hujan sikit2 tapi still boleh jalan2 dan bershopping itu ini di pasar besar (tak beli apa sangat pon). check in di villa danialla,bachok pon dah tgh hari, kepala agak weng masa tu sebab sangat sangat mengantuk. petangku habis dengan tidur saja. sangat heaven okay. malamnya pulak, grand dinner. aku dipaksa abah untuk mengambil gambar para tetamu, which i think was not so okay sebab aku macam malas2 dan aku memang tak berapa suka ambik gambar strangers kecualilah kalau aku mengambil dengan cara curi-curi.

ba mak dan aku di depan muzium

salah satu shots yang ditembak oleh min. ada jugak bakat terpendam. not bad.

juga ditembak oleh dia

dah lame aku ngidam nak ambik gamba pasar yang mcm ni-random shots je.

zoom jauh sikit. mekaseh mokcik! :)

esok paginya, bermulalah agenda kami diiringi hujan renyai-renyai. pegi breakfast dalam hujan. aktiviti sukan suka-suka terpaksa dibuat dalam dewan dan hancurlah harapan aku untuk mengambil outdoor shots utk aktiviti itu. maybe jugak sebab aku takde tulang belakangku- abah dan jey maka aku tidak berapa bersemangat untuk berlari2 membawa kamera dan menembak itu ini. makanya, gambar2 di dalam dewan sangatlah tidak cantek, aku bounce flash ke mana, subjek ke mana. gambar habis semua gelap. padan muka aku (sebab abah membebel2 esoknya sebab aku ambik gambar macam main2). dan aku cuma boleh kata yang aku dah lama tak sentuh d50 itu. dan memang aku rasa sangat pissed off dengan diri sendiri. petangnya kami berjalan-jalan juga diiringi hujan yang sekejap renyai, sekejap lebat. agak susah nak ke sana sini. sebelah malam, makan pula di hotel oriental, kb juga dalam cuaca yang hujan renyai-renyai. satu hari suntuk hujan, begitulah dapat disimpulkan.

hari terakhir di kelantan, abah ada bersama-sama. nanti aku cerita, mana abah pergi sebelumnya. pagi itu hujan masih turun, renyai-renyai. tapi cuma sekejap. makanya, lepas breakfast aku mulakan misi aku untuk menembak. tak banyak shots, apa yang aku letak inilah antara yang terbest pada mata aku. villa danialla, tempatnya memang cantik. jauh dari jalan besar, betul2 tepi laut. biliknya cantik, ala-ala country house orang putih. aku sangat merekemenkan tempat ini untuk mereka yang nak honeymoon atau nak hilangkan stress, macam aku.

sila abaikan model tak berbayar tu yeh.

aku suka interior bilik air dia. combination of black n white. perfect.

rase macam nak mandi spuloh kali sehari.

bangunan itu ialah office villa danialla

owh teratai bunga indah.

dining hall. tepi laut. kalau makan time hujan memang sejuk. best.

lanskap di depan bilik kami.

destinasi terakhir kami di kelantan ialah pengkalan kubur, syurga membeli belah bagi orang di sana. tapi bagi aku, takde ape sgt pun kat sini, barang mmg agak murah tapi yang berkenan di hati boleh kira dengan jari saja. beg kulit berjenama yang nampak macam ori tapi tak ori boleh dapat dalam harga yang sangat-sangat murah. aku juga hampir membeli, tapi apakan daya aku tak bawak cash yang banyak. juga tertarik pada sandal dan wedges yang dijual dalam salah satu kedai, tapi tangguh punya tangguh sebab konon nak survey tempat lain, last2 tak beli apa pun. padan muka kan? makanya, satu-satunya ole2 buat diri sendiri yang aku beli di sana hanyalah telekung, dibeli di pasar siti khadijah. okay la tu kan?

nanti2 aku sambung yeh. :)

Comments

Ninie Ahmad said…
teratai jadi idaman:)...besh at least g bercuti hilang stress...
anil lutaze said…
wow...besnye chacha...bercuti brsama family mmg besh kan... kelantan..penah pg mse kecit n then last mse diploma yg dh berlalu 5,6 thn lps...
mynameislina said…
eeeee jelesnyer...ada org pegi bercuti2...sambil menembak :) Resort tu pon cam menarik!
sHa said…
ninie: agak best la, ninie. cuma hujan jek, so susah sket nak bergerak :(

anel: pegi la lagi, wahai anilku. pi la honeymoon sane ke. best2

kak lina: tak tembak sgt pon kak. hujan jek :(
amadd @ nizar said…
oi! telebih sudahh niii...
iyan said…
kesian aku...
xpernah sampai kelantan...

Popular posts from this blog

mr yashica yang hensem :)

merah itu menawan II