bila kamu tak boleh lupa

ya, mungkin aku sedang sedih dan kecewa. mungkin! maka, terhasil lah entry ini. terima kasih kepada rasa-rasa itu (memang tak patot, ya i know).

owh, tolong straight to the point will ya?

owh, okay okay. aku cuma ingin berkongsi tentang hal ini: kalau kamu mahu melupakan seseorang, tak kiralah ur xyz, or skandal yang sangkut secara tak sengaja, atau sesiapa sajalah, tetapi rasanya sangat susah, dan kadangkala macam mahu saja melupakan semuanya, silalah amalkan ritual seperti di bawah. terpulanglah kan, hati kamu, kamu saja yang tahu. nasihat aku, jangan lah bermain dengan api, main dengan air takpe. sbb air tu sejuk dan melegakan tekak. (wth, aku pon tatau)

aku memang pernah mengamalkan perkara-perkara di bawah ini, walaupun kadang- kadang nampak bodoh dan ntah ape2, bagi aku sedikit sebanyak memang membantu aku untuk melenyapkan mereka dari kotak ingatan aku.

perhatian: semua langkah2 ini memerlukan sedikit kerajinan iaitu kerajinan untuk menulis dan berfikir.

cara 1
1- tulis namanya di atas kertas, biarlah namanya seburuk dan sebesar yang boleh, biar penuh kertas-kertas itu dan lepaskan lah segala beban yang kamu rasa, mengikut cara penulisan itu. misalnya, seperti aku, aku akan tekan pen itu sekuat yang boleh, kadang2 sampai terkoyak2 kertas tuh. ha, biarkan. baru puas ati aku.

2- ambil kertas tadi, tak kisahlah sebanyak mana pun yang kamu dah tulis, letak di lantai dan pijak2 lah kertas itu, bayangkan kamu sedang memijak hatinya, lepaskan lah perasaan itu kepada kertas tadi.

3- kemudian, sila koyak-koyakkan kertas itu hingga ke cebisan yang terkecil sekali. shortcut tidak dibenarkan-- jangan pakai gunting, sbb takkan ada feel langsung. kepuasan tiada, jika memakai gunting, harap maklum.

4- lepas tu, tolonglah buang cebisan kertas tu ke dalam tong sampah, sila jangan susahkan mak kamu untuk menyapu sampah sarap itu ye.

cara 2
1- ambil 2 atau 3 helai kertas kosong, tuliskan kata-kata semangat untuk kamu meneruskan hidup kamu seperti biasa, tanpa dia. kalau perlu memburuk- burukkan dia, sila kan.

2- tulis apa saja yang terlintas, tetapi mesti diingat. jangan sekali-kali menulis tentang perasaan cinta atau sayang dan kata-kata yang menaruh harapan. jangan jangan dan jangan! nota ini, adalah untuk tatapan kamu sahaja, baca bila rasa sedih dan down, sila simpan di tempat yang selamat seperti di bawah bantal. dan pastikan tiada orang lain yang akan tidur di tempat kamu.

cara 3
1- tulis (lagii?) semua memori buruk kamu dan dia beserta dengan keburukan-keburukan nya di dalam kertas. senaraikan sebanyak yang mungkin, setebal thesis pun tak apa lah. ini adalah untuk mengelakkan kamu daripada terus berharap yang indah2 dari dia.

cara 4 (yang agak common kot. mcm sumer org pon penah buat)
1- sila delete no phone, sms, gambar2 dia dalam handphone kamu. tidak lupa juga gambar2 dia dari pc atau laptop kamu. owh, tidak lupa juga namanya di dalam friendlist friendster, myspace, atau apa sajalah, sila delete! tak rasa sakit mata melihat gambar dan muka dia di monitor itu? jangan biar ada satu benda pun yang tertinggal, yang akan mengingatkan kamu pada dia.

semoga berjaya kepada kamu, yang ingin mencuba.

aku tidak pasti sama ada cara ini berkesan atau tidak untuk dilakukan, tapi bagi aku, sikit sebanyak beban yang aku pikul akan terbuang selepas aku melakukan ritual-ritual seperti di atas. nampak remeh, but it works. mungkin, aku akan dilabel sebagai pendendam dan kejam atau apa-apalah, terserah. niat aku, hanya ingin melenyapkan dia dari ingatan ini.

sekian, dan sila beri tunjuk ajar pada aku.

Comments

Huda Luna said…
huhu...
hebat cr nye tu..
Ninie Ahmad said…
thts good:D
amadd @ nizar said…
ako penah melepak selama 3 bulan dok teperah dirumah untuk melepaskan tekanan weh.. berkesannn..
LANN said…
em. cara2 tersebut lom pnh aku try tp slalu nye aku mtk Allah tunjukkan jalan utk melupakan.
little ain said…
ain suke care2 ni..:)

Popular posts from this blog

mr yashica yang hensem :)

merah itu menawan II