owh tag lagik!

Okay, kali ni aku akan membayar hutang aku dengan Kak Lyn. 0-0 yeh kak. makanya, aku telah menghabiskan waktuku selama sejam lebih untuk menyelesaikan segala soalan yang agak "banyak songeh" ni. silalah merajinkan diri untuk bace yeh sebab kamu semua mungkin bakal yang kena tag nanti. makanya, bersedialahhhh dari awal. ngahahaah

Name : Shakirah

Sisters : None (pet sisters buleh dok? ade 3 jek. kakak ipar plak ade 2)

Brothers : 5

Shoe size : Size 4/5

Height : not sure bout this. Last time ukur 150, before that is 153. aku ni memendek ke ape? Ntah.

Where do you live : yu es jey.

Have you ever been on a plane : ya ya.

Swam in the ocean : sesungguhnya, aku memang tak reti berenang. hahahah

Fallen asleep at school : Yeah. Selalu jek.

Broken someone’s heart : Absolutely!

Fell off your chair : Pernah kot? Mase kat skola dulu. Hurm…

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Yeah, pernah jugak. About 2/3 years ago.

Saved e-mails : Yeah, ade 2 folder dlm yahoo mail aku. One for emails from my pet sis. Iecai (dulu slalu jek beremail, skang sms jek) n another one is emails from my xyz mase skola dulu, mr farid aka pengantin baru. Tamo delete la sbb “alah, tade benda sgt la kalo simpan ponn.”

What is your room like : haih. Susah nak jawab neh. Sbb skang ni 50-50. kemas dan agak bersepah. ngahahah

What’s right beside you: beside? Hurm… ade scanner di sbelahku. Tapi di atas lantai. I have to remove it to mak’s room la sbb asek tersepak je. Isk3.

What is the last thing you ate : Nasi minyak kat umah Kak Farah tadik.

Chicken pox : Mase primary school dulu kot, tak igt darjah bape. Abes la sumer org pon kena mase tuh.

Sore throat : Yeah. Bile nak demam, mesti saket tekak.

Stitches : Badanku belum pernah berjahit lagik. Berbalut pernah la.

Broken nose : Nope!

Do you Believe in love at first sight : Ya yaaa..

Like picnics : Sangat sangat suka! Kalo tepi sungai ke lagik best. weee.

Who was/were…The last person you danced with : My schoolmates. Macam pernah jek berjoget2 macam org gile dlm bilik heiza ke hanin ntah. Lupe da. (pernah ke za?)

Last made you smile : Buah hatiku yang ketiga kot, Jammil. Ngeee.

You last yelled at : Basyir kot. Suh dia bukak gate mase dah smpai umah tadik.

Today did you…Smile to someone you like : Ya yaa..

Kissed anyone : last kiss ke? Buah-buah hati kot? But not sure yg mana satu. Jammil or Japa maybe cause sofea sgt sebuk dengan cousins dia tadik.

Get sick : selalunya saket 3 in one. Saket tekak, selsema dan demam.

Talk to an ex : sms ngan farid hari tu. He was telling me about his wedding day.

Miss someone : Hurm.. ade kot? Ntah.

Who do you really hate: kena ke aku bagi tau? Huhu.

Do you like your hand-writing : Yeap. Same jek dr skola dulu sampai la skarang. N guess what ? tulisan tgnku, same ngn one or two of my best friends. Ngahahah.

Are your toe nails painted : nope!

Whose bed other than yours would you rather sleep in : katil kat bilik mak kot?

What color shirt are you wearing now : white

Are you a friendly person : hurm.. depends la. Tengok keadaan. Kalau dengan bff tuh, mmg sangat2 friendly. Hahaha.

Do you have any pets : Yes. Kucing2 di depan dan di blakang rumah.

Do you sleep with the TV on : Selalu jek.

What are you doing right now : menjawab soalan-soalan yang sgt banyak ni dan berfikir bile la nak sampai ke soklan yang terakhir? Hwarghh.

Can you handle the truth : Boleh kot, tapi kalo it hurts, I need some extra n extra times.

Are you closer to your mother or father : Dgn mak lagik kamceng kot. Sbb sket2,”mak, jom pegi Carrefour.”, “mak, kalo pegi mane2 belikan bla bla bla” mak itu dan mak ini. Mak is my superwoman. Betol ni, serius!

Do you eat healthy : Not really. Aku sgt jarang makan buah. Selalu lupa. Huhu.

Do you still have pictures of you & your ex : hurm.. ade, terburn skali plak gamba ngn dia. Ade dlm cd.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Diam-diam je kot. Kalo dah can’t handle it, aku akan bercakap dengan bff. Talk n talk n talk. Sampai la lega.

Are you loud or quiet most of the time : Loud kot. Ngahahaha

Are you confident : sesungguhnya, aku bukan lah seorang yg selalu confident. Low self esteem n not confident enough, itulah aku.

5 things I was doing 10 years ago:
- masih di sekolah, form 4, jumpa first love dan dia adelah classmate aku.

- Banyak main2 dan tak belajar sgt pon.

- Mula addicted to internet dan sgt aktif beremail dan bermirc

- Having fun with my bff, selalu jek hangout same lepas skola, lepak kat umah hanin la. Miss that moment lahhh. :(

- Mula minat pada seni dan diexposedkan kepadanya, that’s why I’m taking pendidikan seni for my SPM.

I would do if i were a billionaire:

- beli semua camera lomo yang ade dlm lomography online shop tuh.

- Tak lupa juga beli semua jenis lens yang ada di market, daripada 50 mm to 300 mm. Ade ke yang lagi panjang dari tuh? bagi aku semualah okay?

- Set up a business for my self, maybe kedai lomo or kedai cuci gambar or studio mengambil gambar or maybe kedai craft or ape saje kedai yg berkaitan dengan arts and photography lah.

- Berjalan-jalan makan angin ke semua tempat yang best di dunia ini termasoklah Mekkah, Mesir, Jepun, Korea, New Zealand, India, China, dan Tahiti.

- Build a house bercirikan rumah melayu, di kawasan kampong. Semuanya mesti ala-ala kampong lah. Siap dengan kolam ikan dan air terjun buatan sendiri tapi macam air terjun real lah. Dan siap dengan tempat lapang for my helicopter, senang aku nak ulang alik from usj and shah alam to hometown. Pergh. Mmg best gile la kan.

5 of my bad habits:
- suka cabut rambut, selalunya rambot gatal akan menjadi mangsa.

- Tidur tak tutup lampu.

- Gangguan emosi yang kadang2 berada di tahap kritikal, padahal punca dan sebab musabab macam “takde benda lah sangat”

- Suka bercakap kuat-kuat. Tapi kadang2 tak sengaja, sebab suara aku memang lah kuat.

- Perangaiku tak serupa macam umurku. Mahu dan cuba menjadi dewasa, tapi rasanya biarlah aku dewasa dengan sendirinya. (boleh ke cmtu? Macam automatic, tetiba jek jadik dewasa. Ngahaha)

5 places I’ve lived/living
- Bukit Tunku aka Kenny Hills
- USJ, subang jaya
- Seksyen 24, Shah Alam
- Kolej Mawar, UiTM
- Kolej Teratai UiTM.

Akhirnyaaaa, tamat juga permainan tag ini dan ini adalah tag terpanjangg. Kamu dan kamu, jangan cepat perasan okay. Aku akan tag kamu jugak nanti.

okay, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa saya telah mentag orang2 di bawah ini:
(tiada paksaan cuma diwajibkan buat saja yeh. wahahahah)
1- ninie (balek tronoh nnt, bile free watla yeh. :) )
2- kak lina
3- siggtambah
4- amad (tag itu, adalah menjawab soalan2 seperti di atas ini menggunakan ayat sendiri, okeh?)
5 - kidd (di mana kamu?)
6- nenek kecil (ngeh ngeh. padan muke nenek!)

owh, good luck pada kamu-kamu yeh. :)

Comments

amadd @ nizar said…
wakakaka..bru ako pham..

Popular posts from this blog

merah itu menawan

kisah perigi dan timba