si hitam manis

bukan.
gambar tu bukan hasil tangkapan aku.
tak, bukan jugak abah yang ambik.
bukan lah, dorang bukan org tabligh.
cuba tengok betul2.
yang mulut terkumat-kamit tu.
abang, kak lin sila lihat betul-betul.
kenalkah kamu pada si hitam manis itu?
jangan tanya, camne dia boleh masok surat kabar tu.
gambar besar plak tu.
seb baik bkan front page. haha.
tu min.
buah hati mak.
dalam sehari, mesti ada jugak dia sebut2 nama tu.
min itu, min ini.
min pandai picitlah.
takde min, sunyi lah.
betul lah tu.
kalo ade min kat umah, riuh.
dengan bunyi-bunyian mp3 dari handphone motorola dia,
tambah pulak dengan nyanyian dari mulut dia sendiri.
dan jugak mulut dia yang terkumat kamit duk hafal juz yang ntah ke brape dah.
sambil hafal pun, sempat duk sms member2.
ya.
tangan dia dan motorola tu memang akan selalu bersama.
sms siang malam pagi petang.
min adik aku.
tapi kadang-kadang aku rasa macam dia tu abang aku.
sebab apa?
sebab dia selalu tegur aku.
"akak, tudung tu labuh la sket."
"akak, nape tak pakai je purdah macam aishah ayat2 cinta tu?"
"akak, tak elok wangi2 tau kalo klua pi jalan2."
tak dpt skali pon lagi berbuka ngn min ramadhan ni.
min, cepat lah balik ye.
:)
Comments
da tuka da tajok dia.
mmg igt nak tuka pon.
hehe
:p
adik ko yg ke berapa?
:D