aku - second version
aku - first version
*entry ini hanyalah untuk org2 yg rajin membaca saja.
9 tahun yang lalu..
Sekarang, saya dah pindah sekolah. Bukan sekolah agama, tapi sekolah biasa, sekolah campur. SMK Seafield USJ aka skolah jahat. saya taknak skolah kat sini sebenarnya. kat sini, budak2 selalu gaduh. mak abah suruh pindah sebab sini dekat dengan rumah kot? saya rindu kawan-kawan SMPW. saya nak duk hostel macam dulu... :(
saya agak kekok kat sini, sebab ni skolah campur. walaupun saya dah ada klik sendiri, tapi setiap kali kena berdepan dengan budak laki saya memang tak selesa. saya memang tak biasa sebab saya tak bergaul dengan kaum itu selama 3 tahun, kecuali dengan saudara mara dan family.
walaupun duduk di rumah, saya tetap kena bangun awal pagi. 530 dah kena bangun sebab bas sekolah sampai pukul 615. saya tak suka naik bas skolah, rasa macam sangat skema. haha. sampai skolah dalam pukul 640. gelap lagi masa tu. dak2 pon tak ramai lg yg datang. kalau klik saya takde naik bas skali, saya mesti bosan. kena lepak sorang2. tapi, selalunya saya akan datang dengan syikin atau ayin. yang paling laaast skali akan sampai ialah wani. hehe.
antara kawan-kawan tersayang saya kat sini ialah heiza, wani, syikin, jijie, hanin, liza dan anyin. dorang sumer dak2 usj kecuali jijie. dia duk kat puchong. tatau cmne bleh sesat masok skolah ni plak. slalu je tukar skolah dia tu. kejap kat shah alam, kejap kat subang. saya, wani, jijie n hanin memang dak baru, kenal mase 1st day skolah la. then, yang lain2 tu kenal lepas tu. masing2 dari kelas yang sama. hanin same kelas ngn liza, so dari situ lah ktorg kenal liza. jijie plak same kelas ngn syikin, so terkenal la ngn syikin plak. n heiza mmg satu kelas ngn saya n wani. dari situ lah tercipta freindsz di seafield. klik yang agak glamer la jugak. dan paling2 penting glamer sebab wani lah. orang comel, slalu la jadik tumpuan. abes satu skolah knal dia.

syikin, hanin, saya, wani
lokasi: rumah hanin, fav place utk melepak.

liza, wani, saya, hanin, syikin
lokasi: sunway

liza, jijie, syikin (ops. ampunkan aku syikin, terpakse letak gamba candid ini), hanin
friendsz memang akan slalu pi mane saje bersama2. sbelum masok kelas, akan lepak same, rehat pon same2, balek pon balek skali. memang takde istilah rahsia lah antara ktorang. takkan boleh rahsia, kalo rahsia antara 2,3 org sok lusa mesti bocor gak rahsia tu. hahahah.
dalam kelas, saya duduk dengan wani. barisan kedua dari depan. dekat dengan pintu kelas. heiza pulak duk belakang saya. bila cikgu takde, kitaorang akan slalu sembang. makanya, saya akan menghadap heiza di belakang. saya perasan, dalam kelas 4 elok tu ade sorang dak laki comel duduk kat hujung kelas, dekat dgn tingkap. saya selalu curi2 pandang dia. kecik, comel, muka macam kucing. so, saya panggil dia cat mase bergossip2 dgn klik saya. cat ni, nama dia wazir, dia duk ngn sorang dak laki putih dan tinggi, farid.

cat memang perasan saya selalu tengok dia. saya tak boleh lebih2 sebab sy malu la kan. tak sangka la pulak one day, ade sorang klasmet saya, shahirah name dia. dia bgtau saya yang farid nak kenal dgn saya. saya memang nak gelak masa tu, tak sangka pulak sebab duk tengok cat, farid plak yang tiba-tiba sangkut dengan saya. saya memang tak suka dia. tapi, dia lah jugak yang jadi first guy yang keluar dengan saya.

farid bersama anak pak arab yang tidak dikenali identitinya
ya, memang farid first love saya. tuh la orang kata. jangan duk menyampah kat orang lain, lama2 sangkut. betul. memang betul. ada apa dengan farid? dia chinese look, tinggiiiiiii, baik, caring. family dia kira orang senang jugak la. mula-mula memang saya takde hati kat dia. tapi lama-lama tu sangkut lah jugak. berkat rasa sabar dia duk kacau2 saya, lama2 jadi suka jugak. hehe.
bila cakap pasal muzik, saya tau boy band macam bsb, n sync, moffats dan hanson. nak tau? setiap buku teks saya, muka depan dan blakang memang diganti oleh poster2 mereka ini. haha. tak tau la nak kata fanatik ke tak eh. maybe la kot. pastu, trend kalau baju skolah kain mesti labuh, kalo boleh biar boleh tolong makcik cleaner tuh bersihkan satu skolah lagi bagus.
dan di zaman ini jugaklah saya kenal dengan internet. saya selalu curi2 pakai pc abang di bilik semata-mata sebab nak chat di mirc. saya jadi addicted denga mirc. nickname plak mesti nak comel2 je, ala-ala macam boleh tarik perhatian orang la. antara nick yang kunun comel tuh amysha, littlesha, little_gal. channel yang slalu saya join, mase tuh antaranya #kampung, #mamak. tu wajib tu. bila kenal plak dengan mirc script, lagi la seronok duk sembang ngan member2. duk bagi coffee la, bunga la dalam private chat tu. kalo nak download lagu, slalu la join channel macam #mp3melayu. balik je dari skolah, memang saya cari pc dulu.
saya rasa, saya kurang aktiviti di skolah semasa di seafield. saya join kelab dan kokurikulum, tapi saya cuma aktif dalam puteri islam saja. perjumpaan kelab lukisan boleh kira brapa kali je saya pergi. sekali lagi saya dan freindsz wakil skolah dalam pertandingan nasyid peringkat sekolah-sekolah di selangor. sukan? jangan harap lah. saya tak pernah pun ambik tau pasal hari sukan, apa lagi nak pergi kan.
saya mengaku, persekolahan saya semasa form 4 dan form 5 lebih banyak enjoy dari belajar. apa lagi bila saya dah ada farid. tenggelam sekejap dalam dunia cinta monyet. maklum lah, seronok bila ada orang sayang.
bila naik form 5, awal tahun nya memang saya macam biasa. takde rasa macam nak ambik spm pon tahun tu. buat bodo je, still main2. still enjoy. sampai lah salah sorang dari kami ajak join tuisyen di taipan. mak saya bagi green light. saya tuisyen petang. dalam pukul 3. mula-mula tu memang la semangat nak belajar kan. tapi, bila farid dah tau saya tuisyen petang, dia pulak slalu menjenguk kat sana. jadinya, lepas je abes tuisyen kami asyik berkepit je. sampai la akak kat tempat tuisyen tu report kat mak. tak lama pon saya tuisyen, tak sampai 3 bulan kot. dah kena berhenti sebab mak abah dah tau saya dah mabuk cinta.
trial spm saya kantoi. saya dapat sap. serius. saya tak tau apa yang saya belajar sepanjang di seafield. dunia saya cuma farid, mirc dan freindsz. tapi, bila abah tau study saya makin teruk. dia warning saya. suruh saya tumpu pada spm. saya dan farid pun makin renggang, sebab ada junior duk sebuk2 mengusya dia. saya pun salah jugak, hati saya pun macam dah berubah dekat orang lain. tu la namanya cinta monyet.
first love saya dapat bertahan selama setahun empat bulan saja. tak lama lepas trial spm, saya broke up dengan farid. memang lah sedih, dia first love saya, sayang gila tu. saya mula sebuk cari abah di rumah, tanya apa saja yang berkaitan dengan add maths, moden maths, fizik dan kimia. saya mula bercinta dengan kertas soalan tahun-tahun lepas dan buku-buku rujukan. saya mula takut bila memikirkan tentang masa depan. saya selalu terfikir akan jadi tukang sapu kalau saya tak belajar betul-betul. biarlah saya tahan telinga dari kena marah dengan abah masa belajar, janji saya dah cuba buat yang terbaik.
saya hadapi spm dengan tenang. semua paper saya boleh jawab kecuali kimia. setengah jam saje dalam exam hall. lepas tu kepala mula berasap, tak tau nak klentong apa dah dalam kertas jawapan tu. saya nekad. saya memang tak target credit untuk kimia sebab dah concentrate on fizik dan add maths.
alhamdulillah, spm saya pangkat satu. abah dan mak pun tak sangka, apa lagi saya sendiri. tau abah kata apa masa saya telefon dari public phone dekat blakang sekolah?
"guane gamok, pass dok?" (camne, pass ke tak?)
haha. saya gelak besar. sebab saya pon tak percaya yang saya boleh buat sebaik itu. pangkat satu agregat 17. malam tu, saya tidur sambil senyum tau.
saya nampak ada lorong yang sangat cerah di depan saya sekarang ni. :)
aik? bersambung lagi ke? .....

Comments