entah kenapa, rasa mau mengupload gamba lomo sekejap berkobar dan selepas tu macam hangat-hangat tahi ayam pulak. kalau sebelum2 ni, gambar terpaksa discan satu2, tapi sekarang ni tinggal edit sikit je, pastu dah boleh upload. haish, penyakit malas kembali menyerang nampaknya. for how long, tak tahu lah. tak penting sangat sumer tu bagi aku. pokok pangkalnya, semangat ! tak gitu? ngahahaha :p kali ini, aku bereksperimen dengan smena 8m (buah hati baru) yang telah dikahwinkan dengan agfa precisa 100. ngam gak kaler dia, aku suka. cuma aku rasa subjek kali neh kurang menarik, idea untuk composition, subject, rule of third, bla bla ntah ke mana hilangnya. men blasah je. ni tanda-tanda aku semakin tua ke ape? uhuk3. lokasi penggambaran kali neh-merata. flat pekeliling (revisited), bukit tunku aka kenny hills (tempat ku membesar-oh nostalgia sungguh) dan di dengkil, melawat rumah baru abang tersayang. banyak sangat cerita di sebalik those pictures sebenarnya. boleh tak aku let the picture...